Artikel asal: http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=22243
Ahad 20 Disember 2009
Akhbar Guardian mendakwa CIA dan Pegawai Keselamatan Palestin telah mendera ahli-ahli pertubuhan Hamas di West Bank.
Akhbar berkenaan menekankan bahawa sumber-sumber memaklumkan bahawa ejen-ejen keselamatan Palestin yang bekerja rapat dengan pihak CIA telah menahan dan menyiksa lebih kurang 500 orang penyokong pertubuhan Islam Hamas di Tebing Barat. Penderaan telah dilaporkan di sebalik pengharaman penderaan oleh Presiden Amerika Syarikat Barak Obama.
Pertubuhan Human Rights Watch melaporkan Pihak Berkuasa Palestin (Fatah) telah menyiksa tahanan mereka secara berterusan semasa penyiasatan dan telah menyebabkan kematian salah seorang dari tahanan.
Sehubungan dengan itu, beberapa orang bersenjata dari Semenanjung
Serangan itu menyebabkan pembinaan terpaksa ditangguhkan untuk beberapa waktu disebabkan beberapa kerosakan kecil kepada peralatan .
Akhbar Israel dan agensi berita melaporkan pihak berkuasa Mesir telah memulakan pembinaan tembok besi bawah tanah di sempadan Gaza bagi tujuan menghentikan penyeludupan barangan melalui terowong ke Semenanjung Gaza, yang telahpun menghadapi sekatan lebih dari 3 tahun oleh pihak Israel.
Anehnya, pihak berkuasa Mesir tidak mengesahkan atau menafikan berita tersebut. Walau bagaimanapun, Menteri Luarnya Ahmad Abul Gheit mempertahankan pembinaan tembok dengan mengatakan “Mesir mempunyai hak untuk mempertahankan sempadannya dengan apa jua cara.”
Dr. Hamdy Hassan, jurucakap blok ahli parlimen Ikhwanul Muslimin menghantar memorandum segera kepada Perdana Menteri Dr. Ahmed Nazif, berkaitan berita pembinaan tembok besi. Beliau meminta penjelasan kepada langkah yang meragukan berlaku di sempadan.